KAMPUNG MUANAD 1


Inilah pintu masuk ke kampuang Muanad 1,Beluran..perjalanan ke hujung kampung muanad satu memakan masa lebih kurang 15 minit dan jauhnya lebih kurang 4km dari pekan Beluran.Sebahagian jalan kampung muanad satu ini juga telah berturap. Kg.Muanad satu juga adalah antara kg yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Kampung Gerakan Desa Wawasan kerana kg ini berpotensi untuk di majukan.

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menjadikan kampung ini lebih berwawasan. Ketua Kampung muanad satu ialah Saruna Bin Hamid dan JKKK pula ialah Sandakong Bin Ajak.Mereka adalah antara orang yang komited dalam pembangunan Kg.Muanad 1. Sebagai penduduk kampung ini seharusnya memberikan kerjasama dalalam merealisasikan impian kg ini sebagai Kampung Gerakan Daya Wawasan dan sebagai Kampung Contoh di daerah Beluran.
Kg muanad satu adalah kg terawal yg berhampiran pekan beluran..dahulunya penduduk kg ini tinggal di tebing2 sungai muanad...sesuai dengan penduduknya dari kalangan suku kaum sungai..

Kawasan penempatan penduduk kg pada awal pembinaan atau awl kewujudan kg.muanad satu ialah sigomuk iaitu satu pengkalan yang teletak di tebing sungai muanad...nama sigomuk diperolehi daripada nama seorang peniaga cina yang ketika itu berniaga di pengkalan tersebut..nama peniaga cina itu digelar Sigomuk.

Mejoriti penduduk kg ini adalah terdiri daripada suku kaum sungai,pekerjaan penduduk kg rata2 nya bekerja di agensi kerajaan,mengusahakan kebun,dan juga sebagai nelayan. 99% penduduk kampung ini juga adalah beragama islam...

0 Responses